Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditamatkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.<br />Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak memerlukan lagi khidmat majlis itu kerana fungsinya bertindih dengan fungsi agensi dan badan kerajaan yang lain, selain menyebabkan lebihan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan.